Best Kalau Dapat Mimpi Yang Menyehatkan
>> 22.6.09
Lepas Maghrib nanti mulai tidur hingga jam 2.30 pagi. Pukul 3.00 hingga 5.30 pagi, giliran rukun tetangga. Lepas solat Subuh pagi besok, sedia sarapan untuk isteri dan anak-anak. 7.15 pagi akan ke HKL, ada appointment dengan doktor pakar.
Sorry, malam ni tak ada di alam maya. Tapi mungkin ada di alam mimpi. Best kalau dapat mimpi-mimpi yang menyehatkan.
12 comments:
Teringin nak menanam anggur tapi tak ada tempat untuk dia melingkar pula. Seronoknya ketua keluarga menyediakan sarapan..bertuah mereka.
Bertuah keluarga pengasas mempunyai ayahanda spt anda bukan saja wajah pengasas yg begitu tenang dan mendamaikan jiwa pabila dipandang tetapi juga dpt menyediakan pula makanan utk keluarga..Tahniah..
Semoga mendapat mimpi2 yg indah2 nanti..sy sendiri sesekali turut mendapat mimpi2 yg indah2..semoga ianya menjadi kenyataan satu hari nanti..Amin !!!
Salam Dr..
jangan nanti mimpi bergomoi dengan puak penyokong UG dah ler..
Salam Prof.
Mimpi menyehatkan?
Moga temu janji dgn pihak hospital esok membawa khabar gembira... amin
Salam Dr,
Semoga mimpi dikelilingi bidadari... fullamak... ehem..ehem...
Biji Aprikot tu macam mana... boleh ditunaskan ke? Kalau tak boleh nanti saya cuba dapatkan yang baru dan segar punya...
Salam Haneem,
Tahniah kerana kembali dari Ka'bah dan ziarah Rasulullah!
Anggur? Tanam saja di tepi pintu masuk ke rumah. Asal ada cahaya mentari, insya Allah ia akan hidup.
Salam Zai,
Senang sangat sarapan pagi yang disediakan. Biasanya, dua-tiga biji kentang dipotong, lalu digoreng. Atau, beberapa biji kuma, lalu digoreng juga. Paling senang ialah roti bakar. Ditambah secangkir minuman. Cuma kebanyakan suami malas untuk melakukannya.
W'Salam ManjungMari,
Termimpi balik kampung, terjatuh handphone dalam hujan renyai. Apakah ta'birnya?
W'Salam TukangPaku,
Mimpi yang boleh disenyumi adalah mimpi yang menyehatkan. Kerana senyum itu sehat. Jika masam muka adalah menyakitkan diri sendiri dan orang lain.
Salam AnakPakUtuh,
Janjitemua biasa sahaja. Berbincang mengenai hasil pembedahan tempohari. Insya Allah, baik-baik hendaknya.
W'Salam ISA,
Hasil pemeriksaan biji aprikot akan diketahui tiga bulan lagi. Semoga ianya ok.
Post a Comment