Mata Juga Ada Hak
>> 8.6.09
Ahad, lepas subuh saya terus tidur hingga jam 9.00. Balik kampung kerana hari keluarga dengan ayah dan makcik. Kali ini, sayalah yang paling akhir sampai kampung. Semua adik hadir kecuali sorang, kerana berurusan di UKM.
Petang, bergerak balik. Terperangkap dalam kesesakan kereta di laluan Sabak Bernam ke Klang. 9.10 malam baru sampai rumah. Terus tidur. Tak sanggup berhutang lama kepada mata. Dia juga ada haknya. Alhamdulillah, dah bayar hak mata dan bagi bonus 2 jam.
Hari ni, cuba baikki kereta Persona. Radio & CD Player tak boleh off, sejak Jumaat. Khabarnya kena bawa ke Proton. Kedai formen juga cakap gitu. Dia tak boleh baikki. Tapi, nasib saya baik. Saya cuba usik itu dan ini, sambil ber'aqidah bahawa Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mencipta dan apabila Dia berkata "jadi olehmu, maka jadilah ia", maka masalah itu terselesai serta-merta. Percayakah anda?
1 comments:
Salam Dr.
Saya percaya 100 peratus. Siapa lagi yang lebih bijak dan berkuasa selain Allah? Tidak akan bergerak walau sebesae zarah pun tanpa izinNya.
Post a Comment